PROFIL KAMPUNG CHE ISA MUKIM 11
 

Nama Kampung Kampung Che Isa Mukim 11
Lokasi Kampung Dalam negeri Pulau Pinang di daerah Seberang Perai Selatan.
Letakan nya pada 5.1500° garis lintang dan 100.4667° garis bujor.
1 km dari pekan Nibong Tebal melalui Jalan Telok Ipil.
10 km dari laut melalui Sungai Kerian.
39 km dari Butterworth
8 km dari Parit Buntar
Kampung kampung yang bersempadan ialah Kampung Telok Ipil di utara, Kampung Victoria di barat dan Tanjong Berembang Mukim 11 di selatan ,Sungai Kerian di timur.
Sejarah Kampung Dibuka pada pertengahan 1950an atas arahan Kerajaan bagi mengelak dari ancaman komunis. Penduduk asal dari Kampung Teluk Durian di pinggir Sungai Kerian - kini tidak ujud.
Nama kampung diambil dari nama Allahyarham Mohd Isa bin Lomah. Beliau ialah Pegawai Penempatan (Settlement Officer) pada ketika itu dan bertugas di Pejabat Daerah Nibong Tebal.
Maklumat Penduduk Semua penduduk kampung berbangsa Melayu. Terdapat sebanyak 42 buah rumah dengan penduduk seramai 215 orang .
Geografi Kampung Dipinggir Sungai Kerian.
Pekerjaan Utama Nelayan sungai.
Kemudahan Asas Telefon awam, bekalan letrik , bekalan air bersih, jalan bertar gelanggang sepaktakraw, jeti nelayan.
Organisasi dalam Kampung KRT.
Kepimpinan Kampung KRT - Encik Amri bin Ashaari ( AJK - KRT Teluk Ipil )

Kembali