PROFIL KAMPUNG TANJONG BEREMBANG MUKIM 11
 

Nama Kampung Kampung Tanjung Berembang Mukim 11
Lokasi Kampung Dalam negeri Pulau Pinang di daerah Seberang Perai Selatan.
Letakan nya pada 5.1500° garis lintang dan 100.4667° garis bujor.
2 km dari pekan Nibong Tebal melalui Jalan Telok Ipil.
8 km dari laut melalui Sungai Kerian.
40 km dari Butterworth
7 km dari Parit Buntar
Kampung kampung yang bersempadan ialah Kampung Che Isa di utara, Kampung Rantau Panjang di barat dan Pekan Tanjong Berembang Mukim 9 di selatan.
Sejarah Kampung Dibuka dipertengahan 1800an oleh penghijrah dari Langkat dan Batu Bahara (Sumatera )
Maklumat Penduduk Semua penduduk kampung berbangsa Melayu. Seramai 174 orang terdiri dari 48 buah rumah.
Geografi Kampung Dipinggir Sungai Kerian.Tamanan utama - nipah dan terdapat sedikit kelapa.
Arah Qiblat 291.855999° dari utara
Pekerjaan Utama Membuat atap nipah.
Kemudahan Asas Masjid , tanah perkuburan, bangunan kelas KAFA, peti pos, bekalan letrik , bekalan air bersih, gelanggang sepaktakraw, gelanggang permainan kanak kanak , jambatan menyeberang Sungai Kerian
Kemudahan telekomunikasi dan Teknologi maklumat 19 rumah bertelefon, 3 rumah dilengkapi internet, 9 rumah di lengkapi komputer.
Kejayaan Kampung Semenjak negara mencapai kemerdekaan, ramai anak anak kampung telah berjaya dalam pendidikan dan kini terdapat anak anak kampung yang bertugas diluar kampung dalam bidang pentadbiran 5 orang, kedoktoran 1 orang, kejuruteraan 5 orang, perguruan 5 orang , kejururawatan 9 orang, kakitangan sokongan dalam perkhidmatan kerajaan 5 orang. Kepolisian 4 orang, Pengurusan swasta 3 orang.
Kini masih terdapat 2 orang yang sedang menuntut di universiti.
Organisasi dalam Kampung JKKK, Qaryah, KRT.
Kepimpinan Kampung JKKK - Encik Yusop Mustafa, PJM. ( Setiausaha JKKK
Nibong Tebal )
Qaryah - Encik Kamaruddin bin Daud, PJK. ( Pengerusi Qaryah )
Imam - Tuan Haji Ahmad bin Din, PJM
KRT - Encik Ahmad bin Hamid ( AJK -KRT Teluk Ipil )
Projek dalam Kampung Pembinaan taman perumahan swasta dijangka siap akhir 2009. Taman akan mempunyai sebanyak 93 buah rumah.

Kembali