PERANAN DAN FUNGSI JKKK

1. JKKK sebagai badan perancang penentuan strategi dan pelaksanaan program program atau projek projek pembangunan di dalam kampung .
2. JKKK menentukan senarai keutamaan projek projek pembangunan di dalam kampung.
3. JKKK sebagai badan penyelaras pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
4. JKKK sebagai badan yang menilai kemajuan pelaksanaan program program dan projek projek pembangunan di dalam kampung.
5. JKKK adalah sebagai mata dan telinga Kerajaan di peringkat kampung yang melapurkan segala musuh negara saperti anasir anasir komunis, subersif,anti-national, kemasukan pendatang haram, penyeludupan, kegiatan salah penggunaan dadah, kegiatan penyelewengan pengajaran agama Islam kepada pihak berkuasa atau Pegawai Daerah.
6. JKKK adalah sebagai badan perantaraan / perhubungan duahal di antara wakil wakil rakyat dan pegawai Kerajaan dengan penduduk penduduk kampung.
7. JKKK menjadi badan penggerak dan berkeupayaan mengembeling tenaga, sumber pembangunan dan perubahan sikap masyarakat di peringkat kampung untuk tujuan mempertingkatkan lagi daya pengeluaran.
8. JKKK hendak lah menyimpan segala rekod rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat di dalam kampung dengan mengadakan Bilik Gerakan Kampung yang di lengkapi dengan data, peta, carta dan lain lain mengenai kampung.

[ No. 1 - 8 adalah petikan dari Buku Panduan Pembangunan Daerah ]

 


PELAKSANAAN PERANAN JKKKNT

1. JKKKNT perlu ada Wawasan dan Misi yang jelas.
2. Menubuhkan Biro biro mengikut kesesuaian kawasan. ( untuk menangani masalah masalah yang berbangkit dalam mesyuarat bulanan ).
3. Menetapkan cadangan pembangunan kawasan sa hingga tahun 2004.
4. Merangka dan mengemukakan cadangan pembaharuan kepada pengurusan JKKK.
5. Mengadakan Pelan Tindakan Kawasan.

Pelaksanaan Peranan JKKK adalah sapertimana yang telah dicapai hasil Pembengkelan semasa Kursus JKKK pada 14- 16hb November,2000 bertempat di Harvard Jerai Golf & Country Club,Bedong.Kedah Darul Aman.

 

kembali