PENGENALAN

Jawatankuasa Kemajuan Kemajuan dan Keselamatan  Kampung atau lebih di kenali dengan nama ringkas nya 'JKKK' ialah sebuah jawatankuasa  yang di tubuhkan oleh Kerajaan. JKKK Nibong Tebal pada mula nya di tubuhkan secara sukarela oleh pemimpin pemimpin masyarakat pada ketika itu dengan di bantu oleh penghulu dan pegawai daerah.

Mulai tahun 1977 barulah instutusi JKKK ini di tubuhkan secara rasmi oleh Kerajaan.Perlantikan setiap jawatankuasa ialah untuk jangkamasa 2 tahun sahaja dan keahlian nya boleh di perbaharui. Mengikut rekod pada perlantikan anggota jawatankuasa bagi sessi 1977 - 1978 ia di anggotai seramai 12 orang ahli. Jawatankuasa ini di pimpin oleh Encik Chan Hun Long,PJM dan setiausaha ialah Encik Thum Weng Fai,PJM. Penghulu yang menjaga kawasan Nibong Tebal pada ketika itu ialah Encik Saad bin Hj.Othman.

Sejak di tubuhkan hingga ke hari ini seramai 87 orang telah menjadi ahli jawatankuasa nya.  Ahli yang lama berkhidmat ialah Puan Hajjah Haminah binti Hj Hussain,AMN,PKT.,PJK. sa orang tokoh Wanita UMNO tempatan. Beliau mula di lantik pada tahun 1977 dan di lantik semula setiap tamat penggal perkhidmatan JKKK.

Senarai Pegawai Daerah S.P.S. [ 1974 - sekarang ]

TAHUN NAMA
1974 - 1977 Encik Nik Mohd Alwi bin Nik Omar
1978 - 1979 Encik Muhammad Kalil bin Abdullah
1979 - 1984 Encik Radzi bin Yusoff
1985 - 1991 Encik Mohd Yusoff bin Kamari
1992 - 1995 Tuan Haji Mukhtar bin Abas
1996 - 15.7.2000 Tuan Haji Ahmad Phesal bin Talib
16.7.2000 - 14.11.2003  Encik Mohd Yazid bin Ramli
2004 -30.06.2004 Encik Azmi bin Lateh
01.07.2004 - 16.07.2006 Encik Farizan bin Darus
16.07.2006 - sekarang Tuan Haji Jusni bin Haji Ismail

Senarai Penghulu yang menjaga kawasan Nibong Tebal.

TAHUN GAMBAR PENGHULU
1976- 1978 Encik Saad bin Haji Othman
1979- 1996 Encik Abdul Aziz bin Mohd Darus, PJK.,PJM.
1996 Encik Shamsuddin bin Yacob
1997- 1998 Encik Ilyas bin Haji Md Desa
1999- 2.3.2002 Encik Mahmud bin Haji Zakaria
3.3.2002 - 31-5-2002 Encik Ilyas bin Haji Md Desa
1.6.2002 -1.12.2003 YM Tengku Muhammad Zaki bin Tengku Ibrahim
2.12.2003 - Encik Hafizi bin Haji Muhammad

VISI JKKK
Perubahan sikap masyarakat ke arah kualiti hidup yang lebih positif

MISI JKKK

1. Melahirkan masyarakat yang berwawasan.
2. Membasmi kemiskinan.
3. Meningkatkan tahaf pendidikan.
4. Meninggikan taraf ekonomi.
5. Menjadikan 'Satu Kampung Satu Produk'

 

 

Kembali